'[VIDEO] Lelaki didenda RM1,800 pukul pengawal keselamatan

Iklan

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki didenda RM1,800 oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Khamis kerana mencederakan seorang pengawal keselamatan warga Nepal di sebuah pangsapuri di Gelang Patah pada Ahad lalu.

Tertuduh, S Jackson Raj, 38, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Atifah Hazimah Wahab.

Iklan
Iklan

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau dengan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Mengikut fakta kes, tertuduh didakwa memukul mangsa sehingga mengalami kecederaan disebabkan berlakunya perselisihan faham antara mereka.

Iklan

Seorang lelaki didenda RM1,800 oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Khamis kerana mencederakan seorang pengawal keselamatan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Sarah Siti Aisyah Mustapha Kamal sementara tertuduh diwakili Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Nurul Hidayah Mohammad Asri.

Iklan

Pihak pendakwaan mencadangkan hukuman yang setimpal sebagai pengajaran kepada yang tertuduh yang bekerja di Singapura.

Bagaimanapun, pihak peguam memohon agar denda berkenaan dikurangkan kerana tertuduh menanggung isteri dan kedua ibu bapanya pendapatan bulanan berjumlah SGD2,000.

Mahkamah kemudiannya menetapkan hukuman denda sebanyak RM1,800 kepada tertuduh dan jika gagal membuat pembayaran boleh dipenjara sehingga empat bulan.