Ringkasan kecederaan dialami Zara Qairina

Iklan
Pakar patologi Dr Jessie Hiu mendedahkan butiran kecederaan dialami Allahyarham Zara Qairina dalam prosiding inkues, termasuk patah tulang, kecederaan otak kritikal dan kesan ubat anti-sawan. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Keterangan Dr Jessie Hiu iaitu pakar patologi yang melakukan bedah siasat terhadap Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, pada prosiding inkues hari pertama semalam, menarik perhatian ramai.

Berikut ringkasan kecederaan dialami Zara Qairina mengikut Dr Jessie dalam keterangannya dalam prosiding inkues.

Iklan
Iklan

1) Ada koyakan sudah dijahit di bahagian belakang kepala tanpa patah tulang tengkorak atau muka

2) Kecederaan otak teruk dan kritikal. Perubahan cair pada otak akibat pereputan, tidak dapat dinilai.

Iklan

3) Bawah lengan kiri, pergelangan tangan kiri, tangan kiri, jari kelima kiri lebam dengan kecacatan akibat patah tulang radius distal kiri, terkehel sendi pergelangan tangan.

4) Lebam di buku lali, patah berbilang tulang tibia distal kanan di sendi buku lali, koyakan pada kaki kiri, lebam di buku lali kiri, patah berbilang di kaki kiri

Iklan

5) Bahagian distal tibia kiri hancur dan senget. Patah berbilang tulang calcaneum kiri, terkehel sendi buku lali kiri

6) Patah tulang vertebra lumbar kedua hingga keempat (tulang belakang bawah)

7) Hematoma otot psoas kiri dan hematoma terhad pada tisu pelvis retroperitoneum

8) Lecetan kecil di bahagian belakang lengan bawah kiri, satu lagi di bahagian belakang siku kiri tanpa kecederaan tisu subkutaneus, otot atau tulang di bawahnya.

9) Ada kesan Phenytoin iaitu ubat anti-sawan dalam tisu buah pinggang.

Dr Jessie, 58, yang berkhidmat di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu sejak 1998, memiliki kelayakan ijazah perubatan dari Universiti Sains Malaysia pada 1991 dan Ijazah Sarjana dalam bidang patologi dari Universiti Malaya pada 1998.

Beliau juga adalah ahli Persatuan Perubatan Malaysia, Malaysian Society of Forensic Medicine and Science dan Indo-Pacific Association of Law, Medicine and Science.