Wanita dibunuh bekas kekasih selepas enggan teruskan hubungan

Iklan
Seorang wanita Korea Selatan maut selepas diserang bekas kekasihnya di Tokyo. Foto hiasan

TOKYO - Seorang wanita Korea Selatan disahkan meninggal dunia selepas dibunuh bekas kekasihnya juga warga Korea Selatan, yang dilaporkan terbang ke Jepun hanya untuk menyerangnya selepas mangsa enggan meneruskan hubungan.

Polis Tokyo menerima laporan pada jam 1.35 tengah hari (waktu tempatan) Isnin lalu mengenai seorang wanita terbaring berlumuran darah di kawasan perumahan Setagaya.

Iklan
Iklan

Mangsa, wanita Korea Selatan berusia 40-an, mengalami kecederaan parah pada leher dan dikejarkan ke hospital, namun disahkan meninggal dunia kemudian.

Suspek, lelaki Korea Selatan berusia 30-an, dipercayai bekas kekasih mangsa yang datang ke Jepun untuk berdepan dengannya selepas wanita itu cuba memutuskan hubungan.

Iklan

Kira-kira tiga jam selepas serangan, suspek ditahan di Lapangan Terbang Haneda dan pemeriksaan mendapati terdapat kesan darah pada pakaiannya.

Menurut laporan media Yonhap News, mangsa sebelum ini pernah memohon bantuan pihak berkuasa Jepun bulan lalu dengan memaklumkan bahawa lelaki itu telah menyerangnya.

Iklan

Pada 29 Ogos, mangsa memberitahu teman lelakinya yang terbang dari Korea Selatan ke Jepun telah menyerangnya selepas dia cuba menamatkan hubungan mereka.

Keesokan harinya, polis melawat rumah mangsa dan memberi amaran kepada suspek supaya menjauhinya.

Lelaki itu kemudian memaklumkan polis bahawa dia akan melancong ke Osaka sebelum pulang ke Korea Selatan.

Susulan itu, anggota polis mengiringi suspek ke Lapangan Terbang Narita dan menemaninya sehingga dia melepasi pemeriksaan keselamatan.

Namun, suspek pulang semula ke rumah mangsa sebelum melakukan serangan tersebut.

Lelaki itu kini ditahan reman oleh polis dan dilaporkan menggunakan haknya untuk berdiam diri sepanjang siasatan dijalankan. - Agensi