Lelaki dihukum mati kerana bakar hidup-hidup isteri berkulit gelap

Iklan
Lakshmi yang berumur dalam lingkungan 20-an pernah mendedahkan suaminya, Kishandas sering mengejeknya. Foto Agensi

NEW DELHI - Seorang lelaki dijatuhi hukuman mati kerana membakar hidup-hidup isterinya hanya kerana tidak berpuas hati dengan warna kulit mangsa.

Sebelum kematiannya, Lakshmi yang berumur dalam lingkungan 20-an pernah mendedahkan suaminya, Kishandas sering mengejeknya kerana berkulit gelap dan memanggilnya 'kali' serta menghina fizikalnya sejak mereka berkahwin pada 2016.

Iklan
Iklan

Hakim Daerah di bandar utara Udaipur, negeri Rajasthan menyifatkan kes pembunuhan itu sebagai yang paling jarang berlaku dan satu bentuk jenayah kemanusiaan.

Pembunuhan kejam itu berlaku kira-kira lapan tahun lalu pernah meraih perhatian di seluruh negara.

Iklan

Serangan tidak berperikemanusiaan ke atas Lakshmi berlaku pada malam 24 Jun 2017.

Pada malam kejadian, Kishandas membawa botol plastik mengandungi cecair berwarna coklat yang didakwa sebagai ubat untuk memutihkan kulit mangsa.

Iklan

Menurut kenyataan mahkamah, tertuduh melumur cecair berbau seperti asid pada tubuh isterinya dan kemudiannya menyalakan api.

"Setelah badan mangsa mula terbakar, dia bertindak menuang baki cecair tersebut dan melarikan diri. Keluarga mentua Lakshmi membawanya ke hospital, namun dia disahkan meninggal dunia," jelas dokumen itu lagi.