Antena telco tumbang hempap dua kereta
Iklan
Dua buah kereta rosak dihempap antena telekomunikasi yang tumbang dalam kejadian di Wisma EMC, Jalan Baru, di sini petang Rabu.
PERAI - Dua buah kereta rosak dihempap antena telekomunikasi yang tumbang dalam kejadian di Wisma EMC, Jalan Baru, di sini petang Rabu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 6.12 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai digerakkan ke lokasi kejadian.
Iklan
Iklan
Sebuah antena telekomunikasi tumbang dan menghempap Perodua Myvi dan Perodua Bezza yang diletakkan di kawasan parkir bangunan terbabit.
“Setiba di lokasi kejadian, didapati sebuah antena telekomunikasi tumbang dan menghempap dua kenderaan jenis Perodua Myvi dan Perodua Bezza yang diletakkan di kawasan parkir bangunan terbabit.
Iklan
“Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
John Sagun berkata, anggota bertugas menjalankan kerja-kerja mengalihkan antena terbabit serta memastikan tiada sebarang risiko bahaya lain di kawasan tersebut.
Iklan
Katanya, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.53 petang.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="40,000 pesawah MADA masih belum terima baja tambahan"><meta itemprop="description" content="40,000 pesawah MADA masih belum terima baja tambahan
Kira-kira 40,000 daripada 60,000 pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) masih belum menerima baja tiga (tambahan) sekali gus dikhuatiri menjejaskan hasil padi pada musim ini,a lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob berkata, setakat ini hanya kira-kira 20 peratus atau 120,000 daripada lebih 600,000 kampit baja tiga sudah diedarkan kepada pesawah di 27 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di kawasan MADA.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791887/edisi/utara/40000-pesawah-mada-masih-belum-terima-baja-tambahan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #keskelewatanpenerimaanbajatambahan #bajatigpesawah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-13T10:10:51.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaxe1em"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaxe1em"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaxe1em"></script>