Wanita cuba dekati Sultan Perak dirujuk ke Hospital Bahagia

Iklan
Datuk Noor Hisam Nordin.

IPOH - Wanita yang ditahan kerana cuba mendekati Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika Sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri, Ahad lalu dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK), Tanjung Rambutan untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, wanita berusia 41 tahun itu dihantar ke hospital berkenaan selepas tempoh reman selama tiga hari tamat pada Rabu.

Iklan
Iklan

"Reman tamat, kita rujuk suspek ke HBUK. Kita sedang menunggu perincian arahan selanjutnya daripada Jabatan Peguam Negara (AGC)," katanya pada Rabu.

Media melaporkan seorang wanita yang memakai kemeja dan seluar hitam tersebut dilihat berlari ke arah Sultan Nazrin yang sedang berdiri memberi tabik hormat sewaktu lagu kebesaran negeri Perak sedang dimainkan.

Iklan
Iklan

Kejadian berlaku kira-kira jam 8.20 pagi dan semakan mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah selain rekod rawatan psikiatri yang kini berada di bawah pengawasan pakar.