Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel kekal

Iklan
Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel dikekalkan bagi tempoh 4 hingga 10 September 2025. Gambar hiasan Bernama

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel dikekalkan bagi tempoh 4 hingga 10 September 2025, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Dalam kenyataan pada Rabu, MOF memaklumkan harga runcit RON97 kekal RM3.16 seliter, manakala RON95 pada RM2.05 seliter.

Iklan
Iklan

Harga diesel pula dikekalkan pada RM2.88 seliter di Semenanjung Malaysia dan RM2.15 seliter di Sabah, Sarawak serta Labuan.

"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut MOF. - Bernama

Iklan
Iklan