KOTA BHARU - Empat pekebun sawit dan getah direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes bunuh melibatkan penemuan mayat seorang lelaki di Sungai Kelantan berhampiran Jambatan Sultan Yahya Petra, di sini pada 24 Ogos lalu.
Perintah reman yang bermula pada Rabu hingga Selasa depan terhadap keempat-empat lelaki berusia dalam lingkungan 50-an itu dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid.