Kerajaan negeri komited pastikan bot pelancong selamat, pemandu bersih dadah

Iklan
Kerajaan Terengganu komited memastikan pemandu bot, teksi air atau teksi bot di Pulau Perhentian di sini bebas daripada pengaruh dadah menerusi kerjasama dengan pihak polis. Gambar kecil: Razali Idris

BESUT – Kerajaan Terengganu komited memastikan pemandu bot, teksi air atau teksi bot di Pulau Perhentian di sini bebas daripada pengaruh dadah menerusi kerjasama dengan pihak polis.

Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, hasil penguatkuasaan oleh pihak polis mendapati kadar penyalahgunaan bahan terlarang dalam kalangan pemandu semakin berkurangan.

Iklan
Iklan

“Saya difahamkan, polis sentiasa melakukan pemantauan berhubung perkara ini, namun masih ada yang berbuat demikian.

“Namun, alhamdulillah, angkanya makin berkurang dan kita berharap supaya ia terus kekal,” katanya semasa sidang akhbar.

Iklan

Pemandu bot, teksi air atau teksi bot diharap dapat bekerjasama bagi memastikan soal keselamatan menjadi perkara utama yang diberikan perhatian sepanjang berada di Pulau Perhentian.

Sebelum itu, beliau merasmikan Program Dive Against Debris (DAD): Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Pembersihan Pantai di Pulau Perhentian yang diadakan selama tiga hari bermula Isnin hingga Rabu.

Iklan

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Azbi Salleh; ADUN Hulu Besut, Mohd Husaimi Hussin; Pengarah Pelancongan, Hilman Hajijan; Yang Dipertua Majlis Daerah Besut, Mohamad Ridwan Mohd Nor; dan Penasihat Bersama Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah.

Dalam pada itu, Razali berkata, kerajaan negeri mengambil serius perkara itu kerana ia melibatkan soal keselamatan nyawa pelancong.

Ujarnya, diharap pemandu bot, teksi air atau teksi bot dapat bekerjasama bagi memastikan aspek keselamatan menjadi keutamaan sepanjang berada di Pulau Perhentian.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, pemandu yang terlibat dalam insiden bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian pada Jun lalu didapati mempunyai lima rekod lampau berkaitan kes dadah dan jenayah.

Menurut Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Azamuddin Ahmad @ Abu, lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an itu kini direman bagi membantu siasatan insiden tragik yang mengorbankan tiga nyawa termasuk dua kanak-kanak.