Ringgit ditutup rendah menjelang mesyuarat MPC BNM
Iklan
Ringgit ditutup rendah pada RM4.2270 berbanding dolar AS menjelang mesyuarat MPC BNM, dengan pasaran berhati-hati terhadap keputusan OPR serta FOMC AS. Gambar hiasan
RINGGIT ditutup rendah pada Selasa apabila sentimen pasaran kekal berhati-hati selain para peniaga bersedia menghadapi mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) pada Khamis bagi menilai penilaian ekonomi terkini.
Pada jam 6 petang, mata wang tempatan susut kepada 4.2270/2350 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) daripada 4.2230/2275 ketika ditutup pada Jumaat.
Iklan
Iklan
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, kepada Bernama, ramai peserta pasaran melihat langkah awal BNM menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada Julai sebagai mencukupi dengan bank pusat itu dilihat selesa mengekalkan kadar pada paras semasa.
Beliau berkata, sentimen pasaran juga berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS pada 16-17 September, memandangkan kemungkinan penurunan sebanyak 25 mata asas kekal tinggi.
Iklan
"Pasangan dolar AS-ringgit dilihat berlegar-legar antara RM4.22 dan RM4.23. Berbanding ketika ditutup pada Jumaat, ringgit susut sebanyak 0.1 peratus kepada RM4.2295,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata, mata wang serantau menunjukkan prestasi bercampur-campur dengan faktor tempatan memainkan peranan utama dalam memacu sentimen pasaran.
Iklan
"Sebagai contoh, rupiah Indonesia susut kepada IDR16,560 bagi setiap dolar AS pagi tadi menyebabkan Bank Indonesia memasuki pasaran pertukaran wang asing berikutan rusuhan sosial dan juga dalam usaha membawa mata wang itu lebih dekat kepada IDR16,300 bagi setiap dolar AS,” tambah beliau.
Pada penutup dagangan, ringgit kebanyakannya meningkat berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ringgit mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.8451/8507 daripada 2.8708/8741 pada Jumaat lepas melonjak berbanding pound Britain kepada 5.6638/6745 daripada 5.6833/6894 minggu lepas serta berkembang berbanding euro kepada 4.9194/9287 daripada 4.9291/9343 sebelumnya.
Pada masa yang sama, mata wang tempatan menunjukkan prestasi bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN yang lain, bertambah berbanding dolar Singapura kepada 3.2808/2873 daripada 3.2859/2899 pada Jumaat lepas dan mengukuh berbanding peso Filipina kepada 7.35/7.37 daripada 7.39/7.40 sebelumnya.
Bagaimanapun, mata wang tempatan susut berbanding baht Thailand kepada 13.0459/0762 daripada 13.0327/0519 minggu lepas dan menurun berbanding rupiah Indonesia kepada 257.5/258.1 daripada 255.9/256.3 sebelumnya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>