PARIS - Polis Perancis menahan seorang penumpang di sebuah stesen kereta api Paris selepas dia didapati menyembunyikan sejumlah barang kemas mewah bernilai €10 juta (AS$11.7 juta) dalam seluar dalamnya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Pejabat Pendakwa Raya Paris pada Isnin memaklumkan siasatan berkaitan pengendalian barang curi oleh kumpulan jenayah telah dibuka terhadap lelaki itu serta seorang rakannya yang turut ditahan.