Lelaki dicekup curi televisyen ada 10 rekod lampau jenayah, dadah

Iklan
Polis Iskandar Puteri tahan lelaki curi televisyen 55 inci bernilai RM1,700 di Mutiara Rini - Gambar hiasan (Gambar kecil: Kumarasan)

ISKANDAR PUTERI – Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes mencuri sebuah televisyen di sebuah pasar raya di kawasan Mutiara Rini di sini pada 27 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, lelaki warga tempatan berusia 33 tahun itu ditahan di sekitar kawasan Tampoi pada jam 12.15 pagi Isnin.

Iklan
Iklan

“Polis menerima laporan kehilangan televisyen daripada seorang lelaki berusia 50 tahun yang juga penyelia pengawal keselamatan di sebuah pasar raya di kawasan Mutiara Rini.

“Bertindak atas maklumat, pada jam 12.15 pagi Isnin, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah telah membuat tangkapan ke atas seorang lelaki warga tempatan berusia 33 tahun.

Iklan

“Hasil semakan mendapati suspek memiliki 10 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah, namun ujian saringan awal air kencingnya didapati negatif dadah,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Selain menahan suspek, polis turut berjaya merampas sebuah televisyen bersaiz 55 inci bernilai RM1,700 serta sebuah beg silang.

Iklan

Sementara itu, Kumarasan berkata, suspek kini ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama empat hari bermula Isnin hingga Khamis.

Katanya, kes turut disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu mencuri dalam bangunan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan juga boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

“Polis akan meneruskan usaha mencegah dan membanteras jenayah. Orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang maklumat mengenai aktiviti jenayah ke balai polis berhampiran atau Pusat Kawalan Daerah Iskandar Puteri di talian 07-5113622 atau hotline 07-5114486 bagi membantu siasatan,” katanya.