Asia perlu teraju orde ekonomi dunia baharu, tulis semula lembaran agenda sendiri - PM
Iklan
Anwar
TIANJIN - Asia perlu menerajui era orde ekonomi global seterusnya dengan menulis semula lembaran agenda sendiri dan pada masa sama menentukan hala tuju masa depan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menekankan perkara itu berkata, kalangan negara Asia perlu memikul tanggungjawab untuk memastikan lembaran seterusnya turut ditentukan juga oleh Asia.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, landskap ekonomi global masa kini yang dipenuhi dengan gangguan berterusan dan kebimbangan serta pemecahan yang semakin ketara seharusnya dijadikan peluang untuk memperkukuh kerjasama antara negara.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata, tugas Asia adalah untuk memastikan gangguan yang berlaku pada masa kini menjadi permulaan kepada perpaduan yang lebih adil -- bukan sebagai mukadimah kepada perpecahan yang lebih parah.
Iklan
"Asia merupakan enjin pertumbuhan global, tempat bagi majoriti anak muda dunia, dan pusat bagi kebanyakan teknologi yang paling dinamik.
"Kita bukan sekadar objek dalam strategi pihak lain. Kita ialah penentu kepada takdir kita sendiri,” kata beliau ketika menyampaikan syarahan umum di Universiti Tianjin di sini, pada Isnin. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Terima kasih penyumbang, Sinar Harian dan IJN'"><meta itemprop="description" content="Tiada ibu bapa yang sanggup melihat si cilik menahan kesakitan, namun itulah realiti terpaksa dihadapi keluarga ini apabila anaknya disahkan menghidap 'Tetralogy Fallot' (TOF), l,apor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan struktur dinding jantung kanan dan 'overriding aorta'.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797609/berita/nasional/terima-kasih-penyumbang-sinar-harian-dan-ijn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T01:37:14.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P178S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcc1jy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcc1jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcc1jy"></script>