Remaja maut nahas tiga kenderaan

Iklan
Seorang remaja maut dalam nahas tiga kenderaan di Kilometer (km) 28.4 Lebuhraya Link Kedua, arah Selatan di sini, pada awal pagi Ahad.

KULAI – Seorang remaja maut dalam nahas tiga kenderaan di Kilometer (km) 28.4 Lebuhraya Link Kedua, arah Selatan di sini, pada awal pagi Ahad.

Menurut Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee, pihaknya dimaklumkan mengenai kemalangan tersebut pada jam 2.30 pagi yang melibatkan motosikal, kereta dan kenderaan utiliti sukan (SUV).

Iklan
Iklan

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila penunggang motosikal jenis Yamaha 135LC iaitu lelaki tempatan berusia 18 tahun sedang menunggang di lorong kiri.

“Motosikal tersebut telah hilang kawalan dan melanggar bahagian kiri belakang SUV jenis Audi yang dipandu seorang lelaki warga Singapura berusia 41 tahun sebelum melanggar belakang kereta Perodua Myvi dipandu lelaki warga tempatan berusia 26 tahun.

Iklan

"Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal tersebut tercampak atas jalan raya dan mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Tambah Seng Lee, mayat mangsa dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim bag tujuan bedah siasat.

Iklan

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Ruslan Mohamed 013-3063710 atau hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD, Kulai, bagi membantu siasatan," katanya