HADIAH cabutan bertuah bernilai hingga RM8,000 menanti pengunjung Bersama Satu Bazaar anjuran MR D.I.Y. yang berlangsung di Tempat Letak Kereta Terbuka Sunway Pyramid bermula Jumaat hingga Isnin ini.
Acara empat hari itu bukan sekadar medan membeli-belah dan hiburan keluarga, malah turut menawarkan beg tote percuma setiap hari kepada mereka yang menyertai Cabaran Pasport Bazaar.
Naib Presiden Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, penganjuran kali ini lebih istimewa kerana selain menampilkan lebih 100 gerai makanan dan gaya hidup, pihaknya mahu berkongsi kegembiraan sambutan bulan kemerdekaan dengan hadiah lumayan untuk pengunjung.
"Bersama Satu Bazaar bukan sahaja meraikan Hari Kemerdekaan ke-68 tetapi turut menghargai sokongan rakyat Malaysia yang sentiasa bersama jenama kami,” katanya pada Jumaat.
Menurutnya, acara itu juga menyatukan rakyat berbilang kaum di negara ini dalam meraikan Hari Merdeka selain menyokong perniagaan usahawan dan penggiat seni tempatan.
“Sebagai jenama kelahiran Malaysia, MR D.I.Y. bukan sahaja komited menyediakan produk berkualiti pada harga ‘Always Low Prices’, malah berusaha mencipta pengalaman bermakna yang menyatukan masyarakat,” tambahnya.
Alex berkata, selain hadiah menarik bazaar itu turut menampilkan pelbagai vendor makanan dan gaya hidup popular termasuk Coca-Cola, ZUS Coffee, Tealive serta Oriental Kopi.
Katanya, pelbagai tarikan hiburan keluarga juga disediakan seperti persembahan budaya, taman belon gergasi, bubble dome dan zoo mini.
Bersempena sambutan Merdeka, MR D.I.Y. turut melancarkan promosi istimewa membabitkan 98 produk terpilih di semua cawangannya di seluruh negara.