MARANG - Sepasang suami isteri ditemukan lemas selepas bot fiber dinaiki mereka terbalik dipercayai dipukul ombak besar dan angin kencang di perairan Kuala Merchang di sini, petang Ahad.
Ketua Polis Daerah Marang, Superintenden Mohd Sofian Redzuan berkata, dalam kejadian jam 3.30 petang itu, bekas tentera Abdul Rahim Mustaffa, 47, dan Norhasriah Che Osman, 46, suri rumah dari Pulau Kerengga di sini, keluar menangkap ikan menggunakan bot bersaiz enam meter.