Pelajar jatuh asrama: Keadaan lebih stabil, tunjuk tindak balas positif - Exco

Iklan
Laporan Sinar Harian pada 26 Ogos lalu. (Gambar kecil: Jamaliah)

SHAH ALAM – Seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga yang terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sebuah sekolah di Sabak Bernam pada 26 Ogos lalu masih menerima rawatan rapi di Unit Rawatan Intensif (ICU) Hospital Sungai Buloh.

Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, Jamaliah Jamaluddin berkata, pelajar terbabit sudah menjalani prosedur khas bagi mengawal tekanan dalam otak dan rawatan kecemasan itu berjaya diselesaikan dalam tempoh 48 jam pertama.

Iklan
Iklan

“Setakat hari ketiga selepas rawatan, keadaan pelajar lebih stabil dan menunjukkan beberapa tindak balas positif," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Jamaliah memberitahu, pasukan perubatan masih memantau perkembangan pelajar itu dari semasa ke semasa.

Iklan

Menurutnya, kerajaan negeri menzahirkan rasa simpati dan mendoakan agar pelajar terbabit segera pulih.

Sehubungan itu katanya, orang ramai diingatkan tidak membuat atau menyebarkan sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan emosi keluarga.

Iklan

"Kerajaan negeri bersama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) akan terus memantau perkembangan kesihatan pelajar berkenaan dan memberikan sokongan kepada pihak keluarga," tambah beliau.