Bedah siasat Syamsul Haris temui kesan kecederaan mencurigakan
Iklan
Naran bersama keluarga Syamsul Haris.
KUALA LUMPUR - Proses bedah siasat kali kedua terhadap Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, 22, menemukan kecederaan mencurigakan dan perlu siasatan lanjut berkaitan kematian pelatih kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor itu pada 28 Julai lalu.
Proses bedah siasat di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur di sini bermula jam 9 pagi dan selesai pada jam 4 petang, Sabtu.
Iklan
Iklan
Peguam mewakili keluarga Allahyarham Syamsul Haris, Datuk Naran Singh Ara Singh berkata, pihaknya mengadakan perbincangan berkaitan imbasan tomografi berkomputer (CT) sebelum bedah siasat dilaksanakan.
"Bedah siasat dilaksanakan secara teliti, setiap bahagian badan diperiksa dan dilihat, imbasan CT dibuat semula selepas habis bedah siasat.
Iklan
"Keputusan bedah siasat mendapati kecederaan mencurigakan di badan yang mungkin dan perlu siasatan lanjut," katanya pada sidang media di Hospital Kuala Lumpur di sini pada Sabtu.
Sehubungan itu, Naran memohon Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail mengambil tindakan segera.
Iklan
"Kita juga berharap Peguam Negara mengadakan inkues dan Ketua Polis Negara mengambil berat kes ini.
"Kita mahu tahu punca serta bagaimana kecederaan di badan Syamsul Harris berlaku? Siapa yang bertanggungjawab terhadap kecederaan itu," katanya.
Beliau berkata, jika Peguam Negara enggan mengadakan inkues, pihaknya akan memfailkan permohonan lain di mahkamah untuk mendesak proses itu dijalankan.
“Kami berpuas hati dengan hasil bedah siasat kedua ini. Penemuannya menegaskan kepentingan inkues itu dilaksanakan,” katanya.
Pada Jumaat, media melaporkan jasad Syamsul Haris, 22, digali semula susulan perintah mahkamah yang membenarkan bedah siasat kedua dilakukan.
Proses penggalian semula di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Hulu bermula pada jam 8.45 pagi dan selesai pada jam 9.22 pagi sebelum dibawa ke HKL untuk bedah siasat.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>