KEMAMAN - Resorts World Kijal (RWK) terus memperkukuh inisiatif pemuliharaan penyu dan kelestarian alam sekitar dengan melaksanakan program pelepasan 100 ekor anak penyu di Pantai Kijal sebagai komitmen tanggungjawab sosial korporat.
Program itu melibatkan kerjasama strategik bersama Jabatan Perikanan Terengganu, World Wide Fund for Nature Malaysia (WWF-Malaysia) dan penyertaan aktif sukarelawan Genting Green Generation (G3).
Iklan
Iklan
Pemangku Pengurus RWK, Fatimah Asmawatty Mohamad Kamal berkata, RWK merupakan satu-satunya hotel di kawasan itu yang memiliki kemudahan pondok maklumat dan penetasan penyu.
“Pantai di sekitar RWK juga merupakan antara lokasi pendaratan penyu di Malaysia dan program seperti ini bukan sahaja memberi kesedaran, tetapi mencerminkan tindakan proaktif dalam memelihara khazanah laut untuk generasi akan datang,” katanya.
Program bertemakan ‘Bersama Melindungi Warisan Lautan Kita’ itu juga bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat dan memupuk rasa tanggungjawab terhadap pemeliharaan alam sekitar.
Sementara itu, Ketua Cawangan Konservasi dan Perlindungan Perikanan, Pejabat Perikanan Terengganu, Norlizawati Ibrahim berkata, kerjasama dengan RWK merupakan antara usaha berterusan jabatan itu bagi memelihara populasi penyu yang kian terancam.
Artikel Berkaitan