Rakyat Malaysia di Jakarta dinasihat hindari lokasi demonstrasi

Iklan
Insiden kematian itu menjadi pencetus utama gelombang protes besar-besaran dan kerusuhan yang merebak ke seluruh Jakarta serta beberapa bandar lain. Foto AFP

PUTRAJAYA - Rakyat Malaysia bermastautin atau berkunjung ke Jakarta dinasihati menghindari lokasi demonstrasi dan tidak melibatkan diri dalam apa jua tindakan yang menyalahi undang-undang tempatan.

Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta memaklumkan turut menasihati rakyat Malaysia di negara itu sentiasa memantau perkembangan terkini lokasi aktiviti demonstrasi melalui pengumuman pihak berkuasa dan media tempatan.

Iklan
Iklan

Kenyataan Keduataan Besar Malaysia di Jakarta.

"Pihak kedutaan memantau rapi perkembangan terkini susulan beberapa siri demonstrasi di Senayan yang bermula Isnin lalu dan mempengaruhi aliran pergerakan trafik dengan penutupan beberapa lokasi khususnya di Jakarta Selatan dan Jakarta Pusat," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Rusuhan dan demonstrasi bermula dengan siri bantahan di kawasan Senayan.

Awalnya ia tercetus kerana isu kenaikan elaun perumahan anggota DPR sekitar Rp50 juta sebulan, tetapi keadaan menjadi semakin tegang selepas seorang penunggang ojek dalam talian, Affan Kurniawan,21, maut dirempuh kenderaan taktikal Brimob semasa demonstrasi berhampiran bangunan DPR.

Iklan

Insiden kematian itu menjadi pencetus utama gelombang protes besar-besaran dan kerusuhan yang merebak ke seluruh Jakarta serta beberapa bandar lain.

Rakyat Malaysia di negara itu boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta di talian +6281380813036 sekiranya memerlukan bantuan konsular.