Kes bunuh pelajar Kolej Vokasional: Seorang dijel 30 tahun, 12 lagi dijel hingga dapat pengampunan TYT
Iklan
Mahkamah Tinggi Tawau pada Khamis menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas seorang tertuduh manakala 12 yang lain dipenjara selama diperkenankan Yang di-Pertua Negeri Sabah selepas didapati bersalah membunuh Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan (gambar kecil) pada Mac tahun lalu.
TAWAU - Seorang bekas pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu dijatuhkan hukuman penjara selama 30 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Tawau di sini pada Khamis selepas didapati bersalah membunuh rakan asramanya, Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, pada Mac tahun lalu.
Selain itu, 12 lagi tertuduh yang terbabit dalam kes sama turut diperintahkan menjalani hukuman penjara sehingga mendapat pengampunan daripada Yang di-Pertua Negeri Sabah.
Iklan
Iklan
Hakim Datuk Duncan Sikodol menjatuhkan hukuman tersebut selepas mengambil kira faktor usia semua tertuduh yang ketika kejadian berusia antara 16 hingga 19 tahun, selain meneliti laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Mereka sebelum ini didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun serta tidak lebih 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Iklan
Pada prosiding 22 Ogos lalu, mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap semua tertuduh.
Dalam kejadian tersebut, mangsa ditemui meninggal dunia di bilik asrama kolej berkenaan dengan 102 kesan lebam, lima luka melecet serta tanda-tanda mempertahankan diri, antara jam 9 malam pada 21 Mac hingga 7.38 pagi 22 Mac 2024.
Iklan
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nisla Abdul Latif bersama Ng Jhun Tao, manakala Asisten Superintenden,Suddin Tjinke bertindak sebagai pegawai penyiasat.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>