SPRM kesan dua lelaki warga Nepal

Iklan
SPRM sedang mengesan dua lelaki warga Nepal bagi membantu siasatan berhubung satu kes rasuah.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua lelaki warga Nepal bagi membantu siasatan berhubung satu kes rasuah.

Dalam kenyataan pada Khamis, SPRM memaklumkan individu terbabit ialah Ambar Bahadur @ Mijar dan Ammar Bahad Singh yang beralamat terakhir di Platinum Splendor Residensi, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

"Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali kedua-dua mereka diminta menghubungi pegawai penyiasat, Mohd Hafifi Rahmat di talian 03-92065000.

"Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi talian 018-6632034, atau melalui e-mel hafifi.rahmat@sprm.gov.my," katanya.

Iklan
Iklan

Katanya, SPRM menegaskan kerjasama masyarakat amat penting bagi membantu melengkapkan siasatan kes tersebut.