PUTRAJAYA - Data Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menunjukkan bekalan telur ayam di pasaran kekal mencukupi dan stabil, malah pengeluaran tempatan kini melebihi permintaan domestik.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, susulan penstrukturan semula subsidi telur berkuat kuasa 1 Ogos lepas, pihak industri dari semasa ke semasa akan menyemak dan menyelaras harga jualan di pasaran terbuka berpandukan kepada data pengeluaran semasa.