E-dagang ‘bunuh’ pusat beli-belah
Iklan
Sinar Harian pada Rabu melaporkan, Malaysia tidak terkecuali daripada berdepan fenomena 'ghost mall' iaitu pusat beli-belah yang semakin kurang pelanggan atau terbiar usang.
SHAH ALAM – Ledakan e-dagang yang semakin menguasai gaya hidup rakyat Malaysia berisiko ‘membunuh’ kelangsungan pusat beli-belah tradisional sekiranya tiada langkah susulan dibuat bagi memastikannya terus kekal relevan.
Pakar Kewangan Pengguna dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Mohamad Fazli Sabri berkata, kecenderungan orang ramai memilih pembelian dalam talian menyebabkan banyak pusat beli-belah kehilangan pengunjung.