Mungkir janji mahu berkahwin, wanita tuntut ganti rugi RM259,000

Iklan
Kes difailkan NR tergolong dalam kategori mungkir janji. Foto Agensi

PURWOKERTO – Seorang wanita nekad menuntut ganti rugi terhadap bekas kekasihnya selepas hubungan cinta mereka yang terjalin selama sembilan tahun tidak berakhir ke jenjang pelamin.

NR, 41, warga Kecamatan Kembaran, Kabupaten Banyumas, Jawa Tengah, Indonesia, membuat tuntutan sebanyak 1 bilion rupiah (RM259,000) ke atas bekas teman lelakinya, R, 44, di Pengadilan Negeri (PN) Banyumas.

Iklan
Iklan

Wanita itu yang turut diiringi wakil dari Klinik Hukum Peradi SAI Purwokerto mengaku sudah menjalinkan hubungan serius dengan R untuk tempoh yang lama dan turut mempunyai seorang anak lelaki berusia lima tahun.

“Dia sering berjanji mahu menikahi saya, tetapi tidak pernah ditunaikan. Kami sudah pun mempunyai anak bersama, namun dia tetap meninggalkan kami. Selama ini, saya yang banyak menanggung apa jua keperluan R,” ujarnya.

Iklan

Kuasa hukum dari Klinik Peradi SAI, H Djoko Susanto menjelaskan kes itu tergolong dalam kategori wanprestasi atau mungkir janji.

“Kami sedang menyediakan tuntutan undang-undang terhadap R. Jumlah yang dituntut itu bersamaan dengan anggaran kos hubungan sia-sia selama sembilan tahun dan dapat membiayai keperluan anak mereka termasuk pendidikan pada masa akan datang,” tambah Djoko. – Agensi

Iklan