Lelaki tikam bekas isteri cuba lari akhirnya dicekup

Iklan
Tangkap layar rakaman video memaparkan kejadian seorang lelaki tikam bekas isterinya di Kanchong Darat, Banting Isnin lalu. Foto kecil: Mohd Akmalrizal

KUALA LANGAT - Selepas tiga hari melarikan diri, buruh binaan warga Indonesia yang menikam bekas isterinya dalam kejadian di sini akhirnya dicekup di Kampung Maju Jaya, Pontian di Johor pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, suspek berusia 45 tahun ditahan di tepi jalan kampung terbabit kira-kira jam 2.50 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, suspek dipercayai hendak melarikan diri ke Indonesia.

"Suspek telah direman empat hari sehingga 30 Ogos untuk siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Iklan

"Ujian saringan air kencing akan dibuat terhadap suspek yang juga bekerja sebagai buruh binaan di sekitar Banting," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Tangkap layar rakaman video memaparkan kejadian tikam di Kanchong Darat, Banting Isnin lalu.

Iklan

Mengulas keadaan terkini mangsa, tambah beliau, keadaan wanita berusia 44 tahun itu dilaporkan stabil.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.50 pagi, Isnin, seorang wanita warga Indonesia parah selepas ditikam bekas suaminya di Jalan Redan, Kanchong Darat, Banting dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek terhadap mangsa selepas bercerai.

Suspek turut menuduh majikan mangsa menghasut wanita itu supaya tidak merujuk semula hubungan perkahwinan mereka.

Mangsa yang ditikam di bahagian kiri perut telah dikejarkan ke Unit Kecemasan Zon Merah Hospital Banting.