[VIDEO] Warga Pakistan didakwa curi petrol motosikal

Iklan

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki warga Pakistan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan mencuri petrol daripada motosikal, dua minggu lalu.

Tertuduh, Dilawar Khan, 38, membuat pengakuan berkenaan dihadapan Majistret Atifah Hazimah Wahab selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Iklan
Iklan

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri petrol sebanyak 2.5 liter daripada motosikal milik seorang lelaki di tempat letak kereta Forest City, Iskandar Puteri, pada jam 7.30 pagi, 11 Ogos lalu.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Iklan

Timbalan Pendakwa Raya Nik Noratini Nik Azman kemudiannya menawarkan jaminan berjumlah RM10,000, namun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jumlah itu dikurangkan.

Tertuduh turut memberikan alasan dia merupakan orang miskin selain mengalami patah kaki selama empat bulan selain diperangkap oleh isterinya yang juga seorang warganegara Malaysia dan rakannya, seorang warga Pakistan.

Iklan

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan dua penjamin warga tempatan serta menetapkan 9 September depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.