Malaysia terlebih pusat beli-belah
Iklan
JB Waterfront Lot 1 antara pusat beli-belah di Malaysia yang sudah ditutup. (Gambar kecil: Muhammad Najib)
SHAH ALAM - Malaysia kini berdepan risiko fenomena pusat beli-belah terbiar atau 'dead malls' apabila kadar penghunian sesetengah kompleks jatuh ke bawah 70 peratus, terutama bagi kategori pusat komuniti.
Profesor Madya Ekonomi dan Kewangan Harta Tanah, Dr Muhammad Najib Razali berkata, situasi itu berpunca daripada lebihan pembinaan, lokasi kurang strategik, persaingan sengit serta perubahan gaya hidup pengguna.