Pengarah jabatan disyaki salah guna kuasa ditahan SPRM

Iklan
SPRM menahan seorang pengarah jabatan kerajaan di Pulau Pinang kerana disyaki menyalahgunakan kuasa. Gambar hiasan

GEORGE TOWN- Seorang pengarah jabatan kerajaan di negeri ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang kerana disyaki menyalahgunakan kuasa ketika berkhidmat di Seberang Perai Utara pada 2017.

Menurut sumber SPRM, wanita berusia lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira jam 11 pagi Selasa ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Pulau Pinang.

Iklan
Iklan

“Hasil siasatan awal mendapati suspek telah menyalahgunakan jawatan dengan mengesyorkan syarikat milik suaminya bagi pembekalan makanan serta minuman untuk sebuah program pada 2017.

“Nilai pembekalan tersebut dianggarkan hampir RM4,000,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan suspek akan dituduh di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Butterworth pada Khamis ini.

Iklan