Koperal didakwa setuju terima, peroleh RM1,500

Iklan
Muhamad Syawal (kanan) dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Selasa.

SHAH ALAM – Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas dua pertuduhan bersetuju menerima dan memperoleh wang bernilai RM1,500 pada Disember tahun lalu.

Muhamad Syawal Fitry Abd Gani, 35, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan pilihan dibaca di hadapan Hakim, Datuk Mohd Nasir Nordin.

Iklan
Iklan

Berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia (SPRM), lelaki itu didakwa telah bersetuju menerima dan memperoleh wang bernilai RM1,500.

Ia dikatakan balasan supaya tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap pengadu yang disyaki melakukan kesalahan memiliki dadah pada 4 Disember 2024.

Iklan

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Muhammad Arif Asyraff Mohd Khairi dan Mohd Alimi Mustapha sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Iklan

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin, melaporkan diri sekali setiap bulan di Pejabat SPRM terdekat dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 13 Oktober depan.