Tonggak Real Madrid, Kylian Mbappe terus membuktikan bisa di La Liga apabila meledak dua gol membantu Los Blancos membenam Real Oviedo 3-0 di Estadio Municipal Carlos Tartiere, pada Isnin.
Mbappe membuka jaringan pada minit ke-37 sebelum menggandakan gol peribadi pada minit ke-83, sekali gus mengumpul tiga gol dalam dua aksi pertama musim ini.
Vinícius Júnior yang masuk sebagai pemain gantian melengkapkan pesta jaringan Los Blancos pada masa kecederaan minit ke-93.
Percubaan terbaik tuan rumah hadir menerusi percubaan Kwasi Sibo yang terkena tiang minit ke-81, namun dua minit kemudian Mbappe menamatkan sisa-sisa harapan Oviedo.
Dengan kemenangan disaksikan 29,758 penonton ini membolehkan Real mengekalkan permulaan sempurna bersama Barcelona dan Villarreal selepas mengutip enam mata daripada dua perlawanan.
LA LIGA
Keputusan
Real Betis 1-0 Alaves
Real Mallorca 1-1 Celta Vigo
Levante 2-3 Barcelona
Osasuna 1-0 Valencia
Real Sociedad 2-2 Espanyol
Villarreal 5-0 Girona
Real Oviedo 0-3 Real Madrid