Stor simpan wayar terbakar

Iklan
Keadaan stor wayar yang terbakar di Jalan Ipoh Batang Kali, Hulu Selangor pada Isnin.

HULU SELANGOR - Sebuah kilang yang dijadikan stor menyimpan wayar terbakar di Jalan Ipoh Batang Kali di sini pada Isnin.

Peniolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 4.45 pagi.

Iklan
Iklan

"Seramai 26 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu serta bantuan BBP Bukit Sentosa dan BBP Rawang digerakkan ke lokasi yang jaraknya sejauh 16 kilometer.

"Kita tiba di lokasi kejadian pada jam 5.07 pagi dan mendapati kebakaran sedang marak di bangunan berstruktur besi yang dijadikan sebagai stor penyimpanan wayar harness untuk sebuah kilang kereta.

Iklan

"Bangunan itu terbakar 80 peratus, kebakaran berjaya dikawal pada jam 5.45 pagi," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ahmad Mukhlis berkata, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kebakaran itu.

Iklan

"Kerja-kerja 'overhaul' sedang dilakukan di lokasi kejadian," ujarnya.