Kehadiran himpunan Pasak lebih ramai daripada Honggaq – Penganjur

Iklan
Kehadiran peserta terdiri daripada pelbagai latar belakang membuktikan sokongan padu rakyat Kedah terhadap kepimpinan Muhammad Sanusi.

ALOR SETAR – Kehadiran Himpunan Pasak yang berlangsung di Taman Rimba berhampiran Wisma Darul Aman di sini pada Ahad dilaporkan lebih ramai berbanding Himpunan Honggaq Kedah yang dianjurkan serentak di lokasi berdekatan.

Penganjur Himpunan Pasak, Mohammad Haromen Zaki Al Maghribi Mohd Hashim Khan berkata, kehadiran peserta daripada pelbagai latar belakang membuktikan sokongan padu rakyat Kedah terhadap kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Iklan
Iklan

“Kami rakyat Kedah melihat kebaikan yang melibatkan pembangunan negeri. Kita nampak Menteri Besar sedang menguruskan. Ia tidak semudah seperti yang diperkatakan pihak tertentu, ini gagal, itu gagal, paip air gagal, Syarikat Air Darul Aman (SADA) gagal,” katanya pada sidang akhbar di sini, Ahad.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Taman Rimba berhampiran lokasi Himpunan Honggaq Kedah yang dianjurkan oleh Sekretariat Suara Anak Kedah diketuai Sulaiman Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Leman Raja Lawan.

Iklan

Peserta turut membawa sepanduk bertulis 'Justice for Adik Zara' dan bendera Malaysia sebagai tanda solidariti dan semangat patriotik menjelang sambutan Hari Kebangsaan.

Berdasarkan data pihak berkuasa, Himpunan Pasak dihadiri lebih 200 peserta manakala Himpunan Honggaq Kedah pula dihadiri kira-kira 70 orang.

Iklan

Jelas Mohammad Haromen, kritikan terhadap isu paip air dan SADA seperti yang dibangkitkan pihak tertentu hanyalah usaha mengaburi mata rakyat daripada melihat usaha sebenar kerajaan negeri.

Menurutnya, Muhammad Sanusi telah berusaha menangani masalah tersebut melalui projek-projek air yang sedang dilaksanakan ketika ini.

“Masalah paip air ini bukan perkara baharu. Sepatutnya ia sudah ditangani sejak puluhan tahun lalu. Namun kini, kerajaan negeri sedang berusaha membaiki keadaan. Ia bukan kerja sehari dua, apatah lagi jika melibatkan kawasan rumah, parit dan kabel bawah tanah,” ujarnya.

Beliau turut menyeru rakyat Kedah agar terus menyokong usaha pembangunan negeri dan tidak terpengaruh dengan sentimen yang boleh memecahbelahkan perpaduan.

Dalam himpunan tersebut, peserta turut membawa sepanduk bertulis ‘Justice for Adik Zara’ serta bendera Malaysia sebagai tanda solidariti dan semangat patriotik menjelang sambutan Hari Kebangsaan.

Pada 3 Ogos lalu, Pengarah Sekretariat Suara Anak Kedah, Sulaiman Ibrahim memaklumkan bahawa Himpunan Honggaq Kedah bukan bertujuan menjatuhkan Menteri Besar Kedah. Sebaliknya ia merupakan desakan agar beliau menyelesaikan 10 isu utama rakyat sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Menurutnya, himpunan tersebut akan menjadi medium rakyat Kedah menyerahkan memorandum ketidakpuasan hati terhadap pentadbiran kerajaan negeri.