JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor melalui Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menyarankan agar doa selamat dan solat hajat dianjurkan di masjid serta surau di seluruh negeri.
Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, penganjuran itu diadakan bagi memohon keselamatan dan kesejahteraan berterusan kepada rakyat serta negeri Johor susulan dua kejadian gempa bumi lemah yang direkodkan di Segamat.