Empat sekeluarga sesat di Berapit Hiking Trail
Iklan
Empat sekeluarga dilaporkan sesat ketika mendaki di Berapit Hiking Trail, Bukit Mertajam pada malam Sabtu.
BUKIT MERTAJAM - Empat sekeluarga berdepan detik cemas selepas dilaporkan sesat ketika melakukan aktiviti pendakian di Berapit Hiking Trail di sini pada malam Sabtu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.08 malam.
Iklan
Iklan
Menurutnya, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Mertajam bersama sebuah jentera LFRT dan sebuah Unit Kecemasan Perkhidmatan Rawatan (EMRS) bergegas ke lokasi kejadian.
“Operasi turut dibantu anggota polis yang berada di kawasan pencarian. Operasi segera digerakkan untuk mencari kesemua mangsa yang dilaporkan sesat.
Iklan
“Mangsa kemudiannya berjaya ditemui dalam keadaan selamat pada jam 10.09 malam,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Tambah beliau, mangsa seterusnya dibawa turun ke kaki bukit sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Iklan
Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.58 malam.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah"><meta itemprop="description" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah
 Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kebersihan #Flat #Flattelukindah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-20T09:12:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaqngae"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaqngae"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaqngae"></script>