Memerangi rasuah menerusi puisi
Iklan
Pemuisi Malaysia melancarkan Antologi Puisi Makan Suap dengan 136 karya yang memerangi rasuah melalui puisi
PEMUISI Nasional Malaysia (Pemuisi) baru berusia setahun jagung dibandingkan dengan badan-badan penulis lain. Namun dalam kalangan para penyair/penyajak tanah air khususnya dan para sasterawan pada umumnya, kehadiran pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 2019 sudah dirasai.
Di bawah pimpinan dinamik presidennya, Datuk Radzuan Ibrahim, yang disokong padu oleh barisan kepimpinan lain yang sama komited mengangkat darjat para pemuisi, tidak dapat disangkal lagi bahawa Pemuisi sudah muncul sebagai pohon rendang yang memayungi pelbagai kegiatan penyair tanah air – daripada mengadakan majlis bacaan puisi secara berkala sampailah kepada penerbitan antologi puisi.