PERLAWANAN penentuan tempat ketiga Piala Futsal Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Sabah di N9 Arena, pada Sabtu bertukar panas apabila pengendali Sabah, Roger Filipe ‘ditumbuk’ pegawai pasukan sendiri selepas perlawanan.
Sabah yang selesa mendahului 3-1 terlebih dahulu dikejutkan kebangkitan JDT sebelum tumbang 3-4.