Kontroversi subsidi RON95: Johari belum terima usul Muhyiddin terhadap Anwar

Iklan
Johari (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang dalam aktiviti yang dianjurkan semasa Majlis Perasmian Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) Pekan Ijok, pada Sabtu.

KUALA SELANGOR - Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menegaskan pihaknya masih belum menerima sebarang usul daripada Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu merujuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Menurut Johari, setakat ini tiada sebarang dokumen rasmi diterima oleh pejabat Speaker.

Iklan
Iklan

“Belum (terima usul yang dimaksudkan). Itu dia (Muhyiddin) cakap, saya kata belum,” katanya ringkas ketika ditanya mengenai perkara itu selepas Majlis Perasmian Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) Pekan Ijok di sini pada Sabtu.

Sebelum ini, Muhyiddin dilapor menuntut Anwar meminta maaf berhubung kenyataan Perdana Menteri yang mendakwa beliau mempertahankan warga asing dalam isu penyasaran subsidi RON95.

Iklan
Iklan

Muhyiddin berkata, sekiranya Anwar tidak meminta maaf, beliau akan membuat usul kepada Dewan Rakyat untuk merujuk Perdana Menteri ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.