Krisis kecederaan hambat Arsenal

Iklan
Noni Madueke (kiri) dan Viktor Gyokeres dijangka disenaraikan dalam perlawanan pertama Arsenal di Emirates musim ini.

PENGURUS Arsenal, Mikel Arteta dijangka berdepan cabaran dalam menyusun kesebelasan utama menentang Leeds di Stadium Emirates tengah malam ini selepas beberapa tonggak utama mengalami kecederaan.

The Gunners membuka kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kemenangan 1-0 ke atas Manchester United di Old Trafford, namun kemenangan itu dibayangi kecederaan Ben White dan Jurrien Timber yang kini diragui kecergasannya.

Iklan
Iklan

White hanya menjalani latihan individu, manakala Timber diketepikan selepas sesi awal latihan.

White sebelum ini hanya membuat 26 penampilan musim lalu akibat pembedahan lutut, manakala Timber pula masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan buku lali yang menghantui sejak pramusim.

Iklan

Ketiadaan mereka bakal menjejaskan bahagian bek kanan, terutama selepas Thomas Partey yang sering mengisi kekosongan itu sudah meninggalkan kelab.

Arsenal sebenarnya sudah berbelanja lebih 200 juta pound (RM1.2 bilion) untuk membawa masuk Viktor Gyokeres, Martin Zubimendi, Noni Madueke, Cristhian Mosquera, Christian Norgaard dan Kepa Arrizabalaga.

Iklan

Arsenal juga hampir melengkapkan perpindahan Eberechi Eze bernilai 67.5 juta pound (RM415 juta) dari Crystal Palace, namun posisi bek kanan kekal rapuh.

Lebih membimbangkan, Kai Havertz turut cedera lutut ketika menentang United dan masih menunggu keputusan penuh tahap kecederaan.

Arsenal kini sudah kehilangan Gabriel Jesus untuk jangka panjang serta Norgaard yang terlepas aksi pembukaan akibat masalah kecil.

Bagaimanapun, pertahanan William Saliba optimis kehadiran pemain baharu bakal mengubah nasib Arsenal.

“Kami sudah tiga musim berturut-turut di tempat kedua, kini kami mahu lebih baik dan menjuarai liga.

“Pemain baharu yang hadir pasti membantu kami menjulang trofi,” katanya.