KUALA LUMPUR - Kerajaan dan JPMorganChase telah menyelesaikan semua perkara berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dengan bank Amerika itu akan membayar RM1.4 bilion (AS$330 juta) kepada Akaun Amanah Pemulihan Aset Malaysia, kata Kementerian Kewangan (MoF).
"Perjanjian penyelesaian itu menyelesaikan semua tuntutan sedia ada dan berpotensi serta mengikat kedua-dua pihak daripada sebarang tuntutan atau litigasi pada masa depan berkaitan 1MDB,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini.