KUALA LUMPUR - Seorang pengarah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu berhubung dengan pembekalan 10 kontena minyak masak Palm Olein CP10 bernilai AS$315,675, tahun lepas.
Nuruliman Haidi Che Mansor, 44, didakwa telah memperdayakan syarikat Global Foods and Confectionaries KFZE (Nigeria) melalui wakilnya Abdulrahman Muhammad Garba dan Sani Abdullahi Maikano supaya mempercayai bahawa syarikatnya, Tuan Iman Consultancy Sdn Bhd, mempunyai keupayaan serta lesen sah untuk membekalkan 10 kontena Palm Olein CP10 berkenaan.