SKMM lapor polis kes bungkusan mencurigakan, penghantar guna nama samaran

Iklan
Kenyataan media SKMM pada Khamis.

SHAH ALAM - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah membuat laporan polis berhubung satu penghantaran bungkusan mencurigakan yang menggunakan nama Pengerusi SKMM sebagai penerima.

Komunikasi Korporat SKMM dalam kenyataan berkata, bungkusan berkenaan telah diminta untuk ditahan oleh pihak kurier bagi siasatan lanjut oleh polis.

Iklan
Iklan

“Hasil semakan awal dengan pihak kurier mendapati penghantar tersebut berdaftar menggunakan nama samaran dan nombor telefon tertentu sejak Jun 2025.

“Syarikat kurier berkenaan turut merekodkan sebanyak 55 aduan terhadap penghantar ini, termasuk 18 kes penghantaran barang yang tidak dipesan oleh penerima dan 37 kes penghantaran tidak lengkap atau tidak selesai,” katanya pada Khamis.

Iklan

Menurut kenyataan itu, orang ramai turut diingatkan agar sentiasa berwaspada jika menerima bungkusan daripada sumber yang tidak dikenali atau tidak pernah dibuat pesanan.

“Sekiranya timbul keraguan, orang ramai dinasihatkan untuk segera menghubungi pihak berkuasa atau syarikat kurier bagi pengesahan lanjut.

Iklan

“SKMM memandang serius sebarang bentuk penghantaran mencurigakan yang boleh menimbulkan ancaman dan akan terus memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan awam serta integriti institusi terpelihara,” ujarnya.