Prasekolah SK Seri Ketereh wakili Kelantan ke pertandingan digital kebangsaan
Iklan
Muhammad Nasir (tengah) dan Mohd Nawawi (kiri) bergambar bersama murid di khemah rumah sukan.
KOTA BHARU – Prasekolah Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Ketereh bakal mewakili Kelantan ke pertandingan digital peringkat kebangsaan, sekali gus mengangkat sekolah itu sebagai antara peneraju pendidikan digital awal kanak-kanak di negeri ini.
Guru Besar SK Seri Ketereh, Mohd Nawawi Kelasah berkata, pencalonan itu membuktikan sekolah di Kelantan juga mampu melahirkan murid berdaya saing dalam bidang inovasi teknologi seawal usia enam tahun.
Iklan
Iklan
“Prasekolah digital ini mempunyai kelas khas yang mendedahkan murid menggunakan peranti tablet untuk menghasilkan karya lukisan digital.
“Saya sendiri kagum melihat mereka boleh melukis menggunakan aplikasi digital pada usia yang begitu muda,” katanya kepada Sinar Harian selepas menghadiri Majlis Perasmian Sukan Tahunan ke-36 sekolah itu di sini pada Khamis.
Iklan
Murid prasekolah yang turut menyertai kejohanan sukan sekolah.
Majlis berkenaan disempurnakan Penasihat Bersama Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah dan turut dihadiri Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Seri Ketereh, Dr Mohd Nazrul Hisham Yusoff.
Iklan
Menurut Mohd Nawawi, pencapaian digital sekolah itu tidak hanya terhad di prasekolah, bahkan murid Tahun Enam SK Seri Ketereh pernah menjuarai Pertandingan Dron anjuran Politeknik Kota Bharu tahun lalu, menewaskan peserta sekolah menengah dan institusi lain.
“Seorang murid muncul juara, manakala seorang lagi menerima hadiah saguhati. Itu antara pencapaian tertinggi sekolah setakat ini dalam bidang teknologi,” katanya.
Turut diadakan pertandingan khemah berhias.
Dalam perkembangan lain, Mohd Nawawi berkata, Sukan Tahunan ke-36 sekolah itu turut direalisasikan berasaskan dasar Satu Murid Satu Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Katanya, semua 1,080 murid termasuk 65 murid Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) diwajibkan menyertai sekurang-kurangnya satu acara sukan, manakala mereka yang tidak dapat beraksi atas faktor kesihatan tetap mengambil bahagian menerusi perbarisan atau pasukan sorak.
“Lebih 20 acara dipertandingkan termasuk acara balapan dengan penglibatan murid Tahun 1 hingga Tahun 6 serta 50 murid prasekolah. Malah murid PPKI juga mengadakan acara khas dan menyumbang mata kepada rumah sukan masing-masing,” katanya.
Beliau menambah, penekanan terhadap penglibatan sukan dan aktiviti kokurikulum mampu membentuk sahsiah murid, seiring amalan harian sekolah yang bermula dengan bacaan hadis dan nasihat di perhimpunan, selain bacaan Yasin setiap Khamis.
“KPM kini mahu melahirkan pelajar cemerlang menyeluruh, bukan akademik semata-mata. Bahkan pencapaian dalam bidang sukan juga boleh menjana masa depan termasuk melalui e-sukan dan teknologi, bukan hanya di padang,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Van sekolah operasi tanpa permit, insurans serta daif kaut untung RM10,000 sebulan"><meta itemprop="description" content="Pemilik van persendirian dipercayai mengaut keuntungan sehingga RM10,000 sebulan dengan mengendalikan perkhidmatan van sekolah secara haram tanpa permit dan perlindungan insurans, selain menggunakan kenderaan yang berada dalam keadaan daif sehingga boleh membahayakan keselamatan pelajar.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, pengusaha terbabit turut didapati membawa pelajar secara berhimpit-himpit sehingga melebihi kapasiti yang dibenarkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803951/edisi/kelantan/van-sekolah-operasi-tanpa-permit-insurans-serta-daif-kaut-untung-rm10000-sebulan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #JPJ #VanSekolah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T07:07:33.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P173S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvdxoq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvdxoq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvdxoq"></script>