Dua pemuda nyaris maut kereta terbakar

Iklan
Kenderaan yang dinaiki mereka terkibat dalam kemalangan sebelum terbakar.

MELAKA – Dua pemuda nyaris maut apabila kereta Proton Persona yang dinaiki mereka terbakar selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Tun Abdul Razak, Lebuh Ayer Keroh, di sini lewat malam Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, kedua-dua mangsa berusia 21 tahun mengalami kecederaan namun berjaya dikeluarkan dari kenderaan oleh pasukan bomba.

Iklan
Iklan

Komander Operasi, PBK II (TBK I) Ibrahim Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.37 malam sebelum sepasukan enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Katil bergegas ke lokasi.

“Sebaik tiba, didapati api merebak kira-kira lima peratus di bahagian enjin.

Iklan

“Pasukan segera bertindak mengeluarkan kedua-dua mangsa sebelum api berjaya dikawal dalam tempoh tujuh minit dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.12 tengah malam,” katanya.

Jelasnya, dua mangsa lelaki yang cedera kemudian diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut.

Iklan

“Operasi turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan KKM manakala tiada kemerbahayaan lain dilaporkan,” katanya.