'Adik saya baik, sanggup buat tiga kerja untuk sara anak, isteri' - Abang suspek kes tikam 'skandal' isteri

Iklan
Abang kepada suspek kes tikam ditemui pemberita di luar mahkamah.

SEREMBAN - Abang kepada suspek yang didakwa menikam sehingga mati seorang lelaki di Taman Seri Pagi di Senawang pada 11 Ogos lalu memohon orang ramai menghentikan komen-komen negatif di media sosial berhubung kejadian berlaku.

Lelaki berusia 46 tahun itu yang ditemui di luar Mahkamah Majistret di sini berkata, mereka tidak mengetahui cerita sebenar dan punca kejadian itu berlaku.

Iklan
Iklan

"Saya harap netizen yang tidak tahu cerita sebenar, hentikanlah komen-komen negatif atas apa berlaku.

"Adik saya pun telah dituduh di mahkamah hari ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kita tunggulah keputusannya nanti," katanya pada Selasa.

Iklan

Menurutnya, keluarga sememangnya terkejut dengan insiden tersebut namun percaya apa terjadi ada sebabnya.

Dia turut menyifatkan adiknya yang merupakan anak bongsu dari 15 beradik itu sebagai seorang yang bertanggungjawab kepada keluarga kerana sanggup membuat tiga pekerjaan bagi menyara isteri dan dua anak berusia lapan dan empat tahun.

Iklan

"Pada waktu pagi dia bekerja sebagai tukang masak, petang dia jadi penghantar makanan dan malam buat kuih pula untuk isterinya berniaga pada keesokkan pagi.

"Kami tahu dia memang utamakan keluarganya dan dia memang seorang adik yang baik," katanya.

Selain itu ujarnya, pihak keluarga juga akan melantik peguam dalam waktu terdekat bagi membantu pendakwaan kes terhadap adiknya di mahkamah.

Terdahulu, adik kepada lelaki berkenaan iaitu Zulazren Zakariah, 31 didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menikam seorang duda berusia 28 tahun dengan menyebabkan kematiannya pada 11 Ogos lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi

Media melaporkan, siasatan awal mendapati, insiden berpunca daripada perselisihan faham antara suspek berusia 31 tahun dengan mangsa.

Suspek dipercayai menikam mangsa kerana berang selepas mengetahui isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki terbabit.