Inkues Zara Qairina: Kawalan keselamatan diperketat

Iklan
Pengamal media mula berkumpul di pekarangan Mahkamah Koroner bagi membuat liputan sebutan kes inkues kematian Zara Qairina Mahathir.

KOTA KINABALU – [DIKEMAS KINI] Kawalan keselamatan di pekarangan mahkamah bagi prosiding sebutan kes inkues kematian Zara Qairina Mahathir di Mahkamah Koroner pada pagi Isnin, dijalankan dengan ketat.

Prosiding berkenaan turut dihadiri pasukan peguam yang mewakili ibu Allahyarhamah, Noraidah Lamat, bersama pasukan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya (TPR).