Astro bawa EPL lebih eksklusif musim ini

Iklan
Euan Smith (dua dari kanan) dan Bendtner (dua dari kiri) ketika Majlis Perasmian Musim Baharu EPL pada Ahad. Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR

MUSIM baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) 2025/26 membuka tirai dengan penuh debaran dan Astro sekali lagi menyiarkan kesemua 380 perlawanan liga bola sepak paling popular di dunia itu.

Bukan sahaja komited menyajikan liputan terbaik EPL, Astro turut memperkenalkan inisiatif ‘One for the Fans’ khas bagi menghargai peminat EPL di negara ini.

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Smith berkata, peminat bola sepak di Malaysia sememangnya antara yang terbaik di dunia sekali gus merancakkan kemeriahan saingan EPL setiap musim.

“Mereka menjadikan setiap perlawanan sebagai sambutan penuh kemeriahan, setiap jaringan sebagai kenangan, dan setiap musim sebagai kisah yang dikongsi bersama.

Iklan

“Dengan ‘One for the Fans’, Astro membawa EPL lebih dekat berbanding sebelum ini dengan akses lebih mudah, liputan tiada tandingan dan pengalaman tontonan terbaik di mana-mana skrin,” katanya pada Majlis Perasmian Musim Baharu EPL 2025/26 di Strand Mall, Kota Damansara pada Ahad.

Peminat tidak melepaskan peluang bertemu Bendtner. Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR

Iklan

Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan sesi ramah mesra bersama bekas bintang Arsenal, Nicklas Bendtner, selain pelbagai acara menarik sebelum tayangan perlawanan antara Manchester United dan Arsenal.

Menurut Euan, ‘One for the Fans’ bukan sekadar slogan, sebaliknya komitmen Astro untuk mendekatkan peminat dengan sukan kegemaran mereka melalui pelbagai tawaran istimewa musim ini.

"Astro akan terus memberikan liputan terbaik dengan 380 perlawanan secara langsung, analisis pakar, siaran terpilih dalam 4K UHD serta ulasan pelbagai bahasa.

"Selain itu, turut diadakan acara bersama peminat iaitu tayangan komuniti dan sesi tontonan bersama di pelbagai lokasi," katanya.

Beliau berkata, pelbagai peraduan dan hadiah menarik termasuk barangan eksklusif, pengalaman hari perlawanan, serta peluang menyaksikan aksi EPL secara langsung di United Kingdom turut menanti peminat.

"Penglibatan peminat lebih luas dengan sorakan, pandangan serta kreativiti peminat diberi ruang lebih besar dalam liputan hari perlawanan," katanya.

Peminat boleh menonton kesemua 380 perlawanan Liga Perdana Inggeris secara langsung di Astro, sooka dan NJOI.