BEKAS pemain beregu lelaki negara, Tan Boon Heong menyambut baik pelantikan legenda badminton Malaysia Datuk Seri Lee Chong Wei sebagai Ahli Majlis Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang baharu.
Beliau berkata, pemenang tiga pingat perak Sukan Olimpik itu memiliki ramuan terbaik untuk terus memacu kemajuan badminton negara, sambil berharap BAM memberi ruang serta kebebasan kepada Chong Wei untuk melaksanakan tugasnya dengan berkesan.