Bertengkar soal harta keluarga, lelaki maut dibakar tiga ahli keluarga

Iklan
Mangsa dibawa ke pusat kesihatan komuniti Athantar dan kemudian dirujuk ke Hospital Capital sebelum dimasukkan ke AIIMS Bhubaneswar. Foto NDTV

BHUBANESWAR - Gara-gara bertengkar soal harta keluarga, seorang lelaki didakwa maut akibat dibakar oleh tiga orang suspek yang juga merupakan ahli keluarganya.

Mangsa yang dikenali sebagai Jyotiranjan Mathia, 42, dari kampung Saripur, Odisha meninggal dunia akibat kecederaan terbakar di Institut Sains Perubatan Semua India (AIIMS), Bhubaneswar sehari selepas dimasukkan ke fasiliti berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurut laporan polis yang dibuat isterinya, Bijayalaxmi Behera, ahli keluarga iaitu bapa, ibu tiri dan abang tiri Jyotiranjan bersama beberapa orang lagi didakwa menuang petrol serta membakar suaminya pada Jumaat.

Kata polis, motif kejadian dipercayai berpunca daripada pertikaian harta keluarga yang telah lama berlaku.

Iklan

Jyotiranjan pada mulanya dibawa ke pusat kesihatan komuniti Athantar dan kemudian dirujuk ke Hospital Capital sebelum dimasukkan ke AIIMS Bhubaneswar.

Penolong Pesuruhjaya Polis (Zon 4), Abhimanyu Nayak berkata, susulan itu kes tersebut telah didaftarkan.

Iklan

“Pengisytiharan kematian mangsa yang dirakam melalui audio dan video turut mengesahkan bahawa ahli keluarga telah menuang petrol serta membakarnya.

"Bukti awal menunjukkan bahawa ia bukan cubaan bunuh diri tetapi pembunuhan kerana pertikaian tanah.

"Laporan bedah siasat akan mengukuhkan lagi siasatan," kata Nayak.

Suspek dikenal pasti sebagai bapa Jyotiranjan, Surendranath Mathia, 74; ibu tiri Pravati Mathia, 57 dan abang tiri Prasant Kumar Mathia, 34.

Pertikaian itu semakin memuncak selepas bapa mentuanya menafikan hak harta suaminya.