Tiga kereta remuk dihempap pokok tumbang

Iklan
Tiga kereta rosak dihempap pokok tumbang berhampiran Gunung Angsi.

KUALA PILAH - Tiga kereta pendaki rosak teruk selepas dihempap pokok tumbang berhampiran Gunung Angsi, Ulu Bendul, Seri Menanti pada pagi Sabtu.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II (KUP) Norhirwan Zainal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 11.05 pagi sebelum tiba di lokasi kira-kira 15 minit kemudian.

Iklan
Iklan

“Sebaik tiba di lokasi, didapati benar berlaku kejadian pokok tumbang yang menghempap tiga kenderaan iaitu dua kereta Proton Saga serta sebuah Perodua Ativa.

“Selain itu, tujuh lagi kenderaan lain turut mengalami kerosakan akibat terkena kabel elektrik yang berpunca daripada tiang tumbang,” katanya menerusi kenyataan.

Iklan

Norhirwan berkata, tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu dan kerja-kerja pembersihan segera dijalankan oleh pihak bomba bersama pasukan utiliti.

“Pokok yang tumbang berjaya dibersihkan, manakala kabel elektrik telah dialihkan oleh pihak TNB. Keseluruhan operasi selesai pada jam 11.27 pagi.

Iklan

“Operasi melibatkan kekuatan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Menanti dengan bantuan satu jentera serta sebuah kenderaan pacuan empat roda (4x4),” katanya.